Pulau Langkawi terdiri daripada kumpulan
99 buah pulau tropika yang terletak di luar pantai barat laut Semenanjung
Malaysia dan jaraknya adalah 30 km dari Kuala Perlis dan 51 km dari Kuala Kedah.
Pulau utama yang terletak dalam kepulauan ini dikenali sebagai Pulau Langkawi.
Pulau yang dikurniakan dengan kekayaan pusaka merangkumi seribu lagenda dan
misteri dari cerita burung besar dan garuda, pahlawan gagah perkasa dan puteri
kayangan serta peperangan dan percintaan. Sebagai salah sebuah pulau yang
tercantik didunia, pulau ini mempunyai ratusan gua yang dihiasi dengan ukiran
semulajadi stalagmit dan stalaktit. Pantai berpasir putih yang panjang
bermandikan limpahan cahaya matahari sepanjang hari menjanjikan ketenangan yang
lengkap. Air laut yang jernih mengelilingi kepulauan ini memberikan peluang
untuk menjalankan aktiviti dan rekreasi air serta
keindahan kehidupan marin.
Rajah :
Pulau Langkawi
MAHSURI DAN SUMPAHAN TUJUH KETURUNAN
Mahsuri adalah anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam.
Beliau telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri
disebabkan oleh kecantikan serta penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri.
Akibatnya Mahsuri dihukum dengan hukuman mati. Pada hari hukuman, keris keramat
kepunyaan keluarganya sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu terdapat
satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna
putih yang membuktikan tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah
semata-mata. Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa
Langkawi akan menjadi kawasan yang mundur selama tujuh keturunan.Kebenaran
sumpah itu telah terbukti apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan
semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan. Antara kebenaran lagenda
atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju sekali lagi
setelah tujuh keturunan dalam kepayahan.
LAGENDA PULAU DAYANG BUNTING
Lagenda pada pulau ini penuh dengan misteri dan mitosnya sendiri. Air dari tasik pulau ini dipercayai dapat merawat kemandulan dengan meminum atau mandi dengannya. Terdapat banyak versi cerita rakyat tentang asal-usul tasik ini namun lagenda Putri Dayang Sari adalah cerita yang termasyur.
LAGENDA PUTRI DAYANG SARI
Tasik ini adalah salah satu tempat yang menjadi pilihan utama Putri Dayang Sari, seorang puteri dari kayangan, bermain dan mandi. Pada satu hari, seorang putera raja iaitu Putera Teja telah terserampak dengan Putri Dayang Sari yang ketika itu bermain dan mandi ditasik tersebut. Putera Teja terpegun dengan kecantikan yang dimiliki oleh puteri dari kayangan itu dan beliau terus jatuh cinta. Putera Teja cuba memikat Putri Dayang Sari dengan puisi serta lagu-lagu yang indah lagi merdu tetapi tidak berjaya. Oleh kerana usahanya tidak berjaya, beliau telah berjumpa dengan cerdik pandai untuk mendapat nasihat memenangi hati puteri tersebut. Beliau telah disuruh membasuh mukanya dengan airmata puteri duyung. Apabila beliau telah berbuat demikian Putri Dayang Sari telah jatuh cinta dengan kecantikan yang dimilik oleh Putera Teja. Selepas berkahwin, Putri Dayang Sari telah mengandung. Bayi yang dikandungnya itu telah mati ketika dilahirkan dan beliau merasakan parkahwinannya ini adalah merupakan satu tipu helah. Selepas mengkebumikan bayi tersebut didalam tasik ini, Puteri Dayang Sari yang mempunyai penawar kemandulan telah kembali kekayangan dan tidak kembali lagi.

MISTERI TELAGA TUJUH
Telaga Tujuh atau The Seven Wells adalah satu rangkaian tujuh telaga semulajadi yang airnya mengalir dari tujuh mata air. Dipercayai terdapat tujuh orang puteri dari kayangan yang sering mandi dan amat suka akan kesejukan air perigi ini. Terdapat seorang putera raja yang tinggal berhampiran perigi ini dan cuba untuk memikat serta mengahwini salah seorang puteri-puteri ini tetapi masih belum berjaya. Air ini juga dipercayai mempunyai kuasa yang boleh menyembuhkan beberapa penyakit.
LAGENDA MAT CHINCHANG DAN MAT RAYA
Mat Chinchang dan Mat Raya adalah diantara keluarga gergasi yang tinggal di pulau utama Pulau Langkawi. Disebabkan oleh saiz yang besar serta kekuatan tenaga yang dimiliki oleh mereka, bentuk mukabumi Langkawi telah berubah dengan dramatik. Lagenda meraka bermula, apabila Mat Raya bercadang mengadakan kenduri sempena pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki Mat Chinchang. Pada hari majlis itu berlangsung didapati anak lelaki Mat Chinchang telah berlaku sumbang dengan seorang dara dan ini telah mencetuskan kemarahan Mat Raya. Akibatnya, persahabatan dua keluarga ini telah terputus dan wujud permusuhan yang hebat serta pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Pergaduhan dua keluarga ini telah mengubah kawasan dipulau utama ini dimana tempat cincin pertunangan itu jatuh selepas dicampak dinamakan Tanjung Cincin. Kawasan dimana peralatan memasak itu pecah dinamakan Kampung Belanga Pecah, kuah yang mengalir itu
dinamakan Pekan Kuah dan tempat dimana kuah itu meresap ke tanah dinamakan Kisap serta kawasan Air Hangat yang mempunyai perigi air panas berasal dari bekas memasak air yang telah pecah bagi majlis tersebut. Mat Raya dan Mat Chinchang pula telah bertukar menjadi gunung batu yang dikenali sebagai Gunung Raya dan Gunung Chinchang. Mat Sawar yang cuba menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah pertelingkahan ini telah bertukar menjadi sebuah bukit yang menjadi pemisah kepada dua gunung ini.

Melalui jalan raya
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuala Kedah akan mengambil masa selama 6 hingga 7 jam manakala 8 jam dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Bagi mereka yang menggunakan kenderaan sendiri, tempat letak kereta untuk pelancong disediakan di Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Selepas itu bolehlah mengambil feri ekspres ke Langkawi dan apabila tiba disini, pengangkutan seperti bas, teksi dan kereta sewa tersedia di Jeti Kuah.
No comments:
Post a Comment